Simpan mayat ibu hingga reput dalam rumah - Utusan Malaysia

Simpan mayat ibu hingga reput dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEXAS 12 Julai – Seorang wanita di sini ditahan pihak berkuasa selepas mayat ibunya yang reput ditemukan dalam satu daripada dua bilik di kediaman mereka.

BBC melaporkan, polis percaya bahawa Jacqueline Louise Crayton yang juga merupakan seorang nenek pernah mengalami insiden terjatuh pada 2016 sebelum kesihatannya mula merosot dan meninggal dunia tidak lama kemudian pada usia 71 tahun.

Polis turut beranggapan, anak perempuannya yang berusia 47, Delissa Crayton gagal memberi bantuan kecemasan yang sepatutnya ketika kejadian itu berlaku sehingga menyebabkan kematiannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rangka mayat wanita tersebut ditemukan di lantai bilik tidur, manakala Delissa dan anaknya tidur di bilik sebelah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini