Siasatan selesai, DBKL bersih sisa kebakaran tapak gerai di Masjid India - Utusan Malaysia

Siasatan selesai, DBKL bersih sisa kebakaran tapak gerai di Masjid India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja pembersihan sisa-sisa barangan dan serpihan 30 gerai bazar di Jalan Masjid India yang terjejas dalam kebakaran awal pagi, 21 Mei lalu telah dilaksanakan dengan kerjasama beberapa agensi, semalam selepas siasatan mengenai kes itu selesai.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan memaklumkan, antara pihak yang terlibat termasuk Bahagian ‘Flying Squad’ dan Unit Kawal Selia Bahagian Alam Sekitar Jabatan Alam Sekitar (JKAS) DBKL.

“Operasi berkenaan turut mendapat bantuan Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Polis DiRaja Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini