Shevon sempurnakan bottle cap challenge - Utusan Malaysia

Shevon sempurnakan bottle cap challenge

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Cabaran penutup botol atau bottle cap challenge semakin mendapat perhatian ramai termasuk pemain badminton beregu campuran negara, Shevon Lai.

SHEVON LAI (kiri) menyempurnakan bottle cap challenge dengan disaksikan pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, semalam.

Shevon dalam satu video Instagram miliknya telah menunjukkan kemampuannya menyempurnakan cabaran itu dengan menggunakan bulu tangkis sambil disaksikan seorang lagi pemain beregu campuran, Hoo Pang Ron yang jelas terkejut menyaksikan cabaran itu berjaya dilakukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam video berdurasi kurang 15 saat itu, Pang Ron yang juga adik kepada pemain beregu wanita negara, Vivian Hoo seperti tidak percaya Shevon berjaya menyempurnakan cabaran tersebut.

Selepas selesai menyempurnakan cabaran itu, Shevon telah mencabar pemain beregu wanita India, Ashwini Ponnappa dan perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk berbuat demikian.

“Yasss!!! Cabaran diterima daripada @greyspolii dan berjaya disempurnakan. Dengan ini…saya mencabar @p9ashwini dan @leeziijia. Anugerah drama terbaik diberikan kepada @hoopangron #bottlecapchallenge,” katanya menerusi ruangan komen laman Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Zii Jia mempersoalkan kenapa dia dipilih, namun, Shevon hanya membalas dengan ikon ketawa. Shevon menerima cabaran tersebut daripada Greysia Polii, 31, selepas pemain beregu wanita Indonesia itu menyempurnakan cabarannya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini