Setiausaha Sulit exco buat laporan polis - Utusan Malaysia

Setiausaha Sulit exco buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 11 Julai – Setiausaha Sulit kepada exco kerajaan negeri yang menghadapi dakwaan merogol, membuat laporan polis berhubung panggilan telefon yang diterimanya daripada seorang individu yang bertanyakan sama ada beliau pernah mengalami gangguan seksual daripada ketuanya.

Teoh Hui Yng, Setiausaha Sulit kepada exco kerajaan negeri, Paul Yong Choo Kiong berkata, beliau menerima panggilan telefon tersebut pada pukul 1.29 petang semalam daripada seorang ahli politik dari MCA.

Menurutnya, individu berkenaan bertanya sama ada beliau pernah mengalami gangguan seksual daripada Choo Kiong.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Individu itu berkata jika saya pernah mengalaminya jangan jadi bodoh, harus buat laporan polis. Saya menafikan perkara itu.

“Saya mengatakan jangan buat tuduan terhadap dia (Choo Kiong) kerana tiada kenyataan daripada pihak polis menyatakan dia terlibat dalam kes gangguan seksual.

“Saya mahu polis siasat sama ada wujud pihak yang mahu memfitnah exco dan mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini hari ini.

Hui Yng yang telah bekerja selama tujuh bulan dengan Choo Kiong berkata, beliau rasa tidak selesa kerana perkataan yang digunakan oleh pemanggil.

“Saya juga rasa curiga dengan panggilan tersebut dan saya syak dia mahu menjatuhkan karier Yang Berhormat Choo Kiong,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini