Setiap kesusahan pasti akan berakhir - Utusan Malaysia

Setiap kesusahan pasti akan berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DALAM era globalisasi yang semakin mencabar, pastinya tiada yang terlepas daripada dilanda kesusahan atau musibah hidup.

Pedoman

Jika difikirkan kembali, segala permasalahan di dunia ini seakan tidak berpenghujung, hanya usaha, doa dan berserah kepada Allah sahaja mampu membawa kita keluar daripada kelompok derita itu.

Walaupun begitu, usah risau kerana perasaan resah, gelisah dan sedih itu pasti akan berakhir. Ini Sebagaimana firman Allah maksudnya: “Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Tetapi wajah (Zat) Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan tetap kekal.” (ar-Rahman: 26-27)

Memuatkan artikel berkaitan…

Potongan ayat tersebut menerangkan hakikat dunia yang tidak dapat disangkal iaitu dunia ini hanya sementara dan pasti akan berakhir.

Oleh itu, jika dunia hanyalah sementara, begitu jugalah kesusahan yang sedang kita hadapi.

Jangan biarkan kesusahan yang menghimpit menggelapkan mata lalu mendorong kita ke lembah maksiat kerana itulah yang diinginkan syaitan.

Sebaliknya kita seharusnya ingat angin perubahan pasti berlaku dan apabila perubahan itu terjadi, masa-masa susah ini hanya akan menjadi kenangan manis untuk diceritakan kepada anak cucu.

SUMBER buku Dalam Hati Ada Syurga

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini