Setia ecoHill setuju taja Kejohanan Golf Juara-Juara edisi ke-33 - Utusan Malaysia

Setia ecoHill setuju taja Kejohanan Golf Juara-Juara edisi ke-33

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CABARAN dalam Kejohanan Golf Juara-Juara edisi ke-33 dijangka berlangsung lebih meriah kali ini terutama dengan pengumuman Setia eco Hill selaku penaja baharu dalam pertandingan yang dijadual berlangsung pada 1 dan 2 Ogos ini di Mines Resort & Golf Club.

PENGURUS Besar Setia eco Hill, Koh Sooi Meng bersama Pengurus Besar Golf Malaysia, Andrew Ng dalam majlis penajaan Kejohanan Golf Juara-Juara edisi ke-33 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kejohanan yang bakal disertai pemain amatur dengan handikap rendah itu juga mampu menjadi medan untuk mereka melangkah ke status pemain profesional.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lebih menarik dalam kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu, tiada istilah penyingkiran sekiranya pemain gagal mencipta keputusan cemerlang pada hari pertama kejohanan kerana semuanya boleh diperbaiki ketika aksi hari kedua.

Kebanyakan peserta yang bakal bersaing dalam kejohanan berkenaan memberikan reaksi luar biasa terutama berkaitan tajaan baharu pada edisi kali ini.

Pemenang Kategori Lelaki pada tahun lalu, Low Suck Sun pastinya akan mempertahankan kejuaraan tahun ini untuk terus menyarung Jaket Hijau persis gaya kejohanan The Master.

Bagi Kategori Wanita, Angie Hii dari Sarawak dijangka menjadi tumpuan dalam pertandingan edisi Ke-33.

Penaja utama bagi kejohanan tersebut kekal milik Srixon.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Kejohanan Golf Juara-Juara edisi ke-33, anda boleh berhubung dengan Pengurus Besar Golf Malaysia, Andrew Ng di talian 012-6177560.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini