Sesi pemukiman pentas terbaik selesai konflik PKR - Utusan Malaysia

Sesi pemukiman pentas terbaik selesai konflik PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 19 Julai – Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dan mana-mana pimpinan  yang tidak berpuas hati dengan kemelut yang melanda parti boleh meluahkannya dalam sesi pemukiman PKR bermula malam ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sesi pemukiman (retreat) di Port Dickson selama tiga hari itu merupakan platform terbaik buat mereka untuk mencari jalan penyelesaian. 

Beliau berpendapat, tindakan Zuraida mengeluarkan kenyataan hampir setiap hari berhubung isu membabitkan parti tidak akan membantu menyelesaikan kemelut yang berlaku. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Zuraida adalah pemimpin kanan parti. Beliau adalah juga peserta dalam retreat. Adalah lebih molek, lebih cantik apa-apa pandangan tentang pemasalahn parti, tiga hari retreat adalah platform terbaik. 

” Saya suka menganjurkan agar beliau (Zuraida) dapat bersama dalam retreat tiga hari dan sampaikan, kalau maksudnya crack (perpecahan), apa hujahnya dan kalau berlaku apa cara nak mengubatnya, itu lebih baik daripada membuat ucapan-ucapan setiap hari, itu tidak membantu melegakan keadaan, ” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Beliau ditemui selepas melancarkan program Food Bank Malaysia At Pasar Tani di Pasar Tani Putrajaya di Presint 2.

Zuraida semalam mengeluarkan kenyataan mengakui wujud perpecahan dalam PKR membabitkan pemimpin nombor satu dan nombor dua parti itu sejak penyebaran video seks songsang yang mengaitkan Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. 

Justeri beliau menggesa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjalankan tugas mengukuhkan kembali parti yang sedang menghadapi keretakan. 

Menurut Saifuddin Nasution, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) akan turut menyampaikan ucapan di sesi pemukiman itu malam ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini