Tatkala menjejakkan kaki ke Kampung Sasapan Batu Minangkabau di Beranang, Selangor, penulis terpegun melihat hamparan ladang serai yang menghijau luas terbentang. Boleh dikatakan setiap rumah penduduk kampung di situ mempunyai tanaman serai untuk kegunaan sendiri. Ini memandangkan serai memang banyak digunakan dalam hidangan setiap hari, bukan sahaja bagi masyarakat Melayu, malah turut menjadi kemestian penduduk di Indonesia, Thailand, Sri Lanka dan India. Selain terkenal sebagai ‘ubat’ penghalau nyamuk serta pelbagai serangga, serai juga banyak kegunaannya sama ada untuk tujuan kesihatan mahupun perubatan kerana khasiatnya yang tersendiri. Mungkin ramai tidak tahu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya