Seorang maut, seorang cedera kemalangan rempuh bas ekspres - Utusan Malaysia

Seorang maut, seorang cedera kemalangan rempuh bas ekspres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 5 Julai – Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di Kampung Felda Belara di Kuala Nerus, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa, Mohd. Ridhwan Abu Bakar, 33, yang merupakan penumpang kereta Proton Wira meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Azrul Izwan Aziz, 23, yang memandu kenderaan itu cedera.

Difahamkan kenderaan mangsa yang dari arah Kuala Terengganu menuju ke Setiu hilang kawalan dan terbabas lalu bertembung dengan sebuah bas ekspres henti-henti dari arah bertentangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Karomi Nordin berkata, seramai lapan anggota bersama satu jentera dikejarkan ke lokasi kejadian dan pihaknya mengambil masa kira-kira lima minit bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk penumpang hadapan.

“Semasa bomba tiba, mangsa masih berada dalam kenderaan manakala pemandu yang cedera dikeluarkan oleh orang awam,” katanya kepada pemberita.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke unit forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Terengganu, Superintenden Abd. Razak Hasan mengesahkan kejadian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini