Sendiri naikkan, salahkan 1MDB pula - Utusan Malaysia

Sendiri naikkan, salahkan 1MDB pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Julai – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana mengaitkan kenaikan hutang negara dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai RM32.2 bilion.

Najib memetik laporan muka hadapan sebuah akhbar tempatan yang melaporkan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai berkata, jumlah hutang skandal 1MDB telah meningkatkan hutang negara kepada RM741 bilion akhir tahun 2018 berbanding RM686.8 bilion pada 2017.

Tegas beliau, perkara tersebut adalah tidak benar kerana apa yang berlaku adalah hutang yang ditanggung 1MDB tidak meningkat sejak 2016.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita semua tahu bahawa hutang 1MDB tidak bertambah sejak tahun 2016. Tapi tiba-tiba hutang 1MDB pula boleh menyumbang kepada kenaikan hutang untuk tahun 2018?

“Sendiri naikkan, PH nak salahkan 1MDB pula,” katanya dalam hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini