KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mendapati terdapat peningkatan dalam bilangan pertanyaan dan aduan daripada orang ramai mengenai tawaran syiling awal (ICO) dan bursa aset digital. SC menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan mana-mana individu yang menawarkan ICO. SC tidak memberi kebenaran kepada mana-mana ICO selagi garis panduan mengenainya belum dimuktamadkan. Menurut SC, sebarang tawaran aset digital serta aktiviti yang berkaitan dengannya seperti memasarkan atau mempelawa orang lain untuk melanggan ICO memerlukan kebenaran daripada SC. Katanya, ini adalah Perintah Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Preskripsi Sekuriti) (Mata Wang Digital dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya