Saya tak bercita-cita tinggi jadi PM - Mukhriz - Utusan Malaysia

Saya tak bercita-cita tinggi jadi PM – Mukhriz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Julai – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata beliau tidak pernah bercita-cita tinggi untuk memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Sebaliknya bersedia menggalas tugas yang lebih besar dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan namun, tidak semestinya memegang jawatan nombor satu di negara ini.

“Saya terbuka (untuk berkhidmat di peringkat Persekutuan) dan sebenarnya bergantung kepada kepemimpinan ketika itu sama ada saya yang terbaik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak terlalu bercita-cita tinggi, saya tidak tetapkan bahawa saya mesti menjadi Perdana Menteri satu hari nanti seperti yang dilakukan orang lain (tanpa merujuk mana-mana individu).

“Apabila khidmat saya diperlukan oleh negara untuk memimpin di peringkat Persekutuan, saya sedia dan mampu menggalas tanggungjawab itu,” katanya dalam wawancara bersama Nikkei Asian Review baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mukhriz yang merupakan Menteri Besar Kedah berkata, tiada garis masa tertentu yang dipersetujui bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tiada perjanjian peralihan kuasa perlu berlaku dalam tempoh dua tahun.

“Mungkin ada cadangan seperti itu, tapi tiada yang dinyatakan di atas kertas atau perjanjian secara lisan,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini