Saya sudah maafkan mereka - Bella Dally  - Utusan Malaysia

Saya sudah maafkan mereka – Bella Dally 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon Bella Dally memaklumkan sudah memaafkan syarikat produksi JS Pictures Sdn. Bhd. kerana menyunting gambar kahwinnya dengan bekas suami, Nazim Othman dan digantikan dengan wajah pelakon, Emma Maembong dalam telefilem Silang yang ditayangkan kelmarin.

Kata Bella atau nama sebenarnya, Nabilah Ali Dally, dia sendiri menghubungi Sheily Rusly yang merupakan pemilik syarikat produksi berkenaan. 

“Dia dan prop master sudah memohon maaf. Saya sudah memaafkan mereka kerana kita hanya manusia dan kesilapan akan berlaku. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cuma saya harap selepas ini mana-mana pihak tidak mengambil mudah dan mengambil kesempatan,” kata Bella, 27. 

Dalam kenyataan sama yang dikongsi di Instagram, Bella tidak menafikan berang dengan tindakan produksi berkenaan. 

“Saya mendapat banyak mesej peribadi (DM) daripada rakan, keluarga dan peminat mengenai perkara ini. Saya tahu, anda juga mempersoalkan perkara sama.

“Bagi saya, ia seperti tidak menghormati saya dan perlu diselesaikan. Saya tidak puas hati, jadi saya secara sendiri menghubungi Sis Sheila,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini