Saujana Golf & Country Club menang padang golf terbaik - Utusan Malaysia

Saujana Golf & Country Club menang padang golf terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Julai – Saujana Golf & Country Club (SGCC) sekali lagi terpilih sebagai padang golf terbaik di Malaysia menerusi Anugerah Pilihan Pembaca Going Places 2018 yang merupakan majalah dalam pesawat Malaysia Airlines.

Undian yang dijalankan secara tahunan itu dikendalikan majalah berkenaan melalui laman sesawang goingplacesmagazine.com.

Undian berkenaan dijalankan sejak 2015 dan SGCC pernah memenangi kategori sama pada tahun 2016.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengurus Besar SGCC, S.A Nathan berkata, pihaknya berbangga dengan pencapaian berkenaan yang bukan kali pertama dikecapi mereka.

“Saya berasa ia merupakan testimonial untuk kami sejak kami baru sahaja selesai membuat pengubahsuaian padang dan tumbuh-tumbuhan hijau di kawasan padang golf Cobra di sini.

“Perubahan ini menarik perhatian pemain-pemain golf termasuk pemain-pemain antarabangsa dalam kejohanan anjuran Maybank baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Anugerah berkenaan disampaikan sendiri kepada Nathan daripada Pengarah Perniagaan Spafax Networks (Spafax), Sue Loke di pekarangan Palm Course, kelab itu sendiri.

Spafax merupakan penerbit untuk syarikat Malaysia Airlines.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini