Sarang penagih diserbu, 82 individu diberkas - Utusan Malaysia

Sarang penagih diserbu, 82 individu diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Kegiatan sekumpulan 82 individu menjadikan kawasan setinggan Kampung Melayu Pandan di sini sebagai sarang penagihan terbongkar selepas diserbu dalam Ops Icebreaker hari ini.

Dalam operasi bermula 6 pagi hingga 12 tengah hari tadi, seramai 71 lelaki tempatan, lima wanita tempatan bersama seorang lelaki warga Indonesia dan lima lelaki warga Myanmar diberkas.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, kesemua mereka ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk mengedar, menagih serta memiliki dadah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Polis juga menemui sebanyak 69.53 gram (g) heroin dan 11.9g syabu dalam serbuan ini yang mana kemudiannya dirampas untuk membantu siasatan.

“Buat masa ini, latar belakang dan umur kesemua suspek masih diperiksa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini