Samir sertai Anderlecht - Utusan Malaysia

Samir sertai Anderlecht

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS – Bekas pemain tengah Perancis, Samir Nasir berkata dia akan menyertai bekas rakan sepasukannya di Manchester City, Vincent Kompany di Anderlecht bagi menjadi contoh kepada generasi muda.

Samir, 32, bebas ejen selepas kontraknya bersama West Ham tamat. Dia menyertai kelab London itu pada Januari lalu, selepas menjalani hukuman 18 bulan penggantungan dia membuat enam penampilan dengan satu perlawanan sebagai pemain simpanan ketika menentang Huddesfield pada Mac.

Kompany, 33, menyertai kelab lamanya itu sebagai pemain dan pengurus. Dia meninggalkan kelab pertamanya itu pada 2006 untuk berpindah ke Jerman sebelum menghabiskan masanya lebih daripada sedekad di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain beraksi bersama City, Samir pernah menyertai Arsenal dan Sevilla malah beraksi 41 perlawanan untuk negaranya.

Dia dikenakan hukuman gantung perlawanan oleh Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) setelah menghina wartawan ekoran Perancis disingkirkan oleh Sepanyol dalam Euro 2012. Dia bersara daripada pentas antarabangsa dua tahun kemudian.

“Saya buat silap. Saya seorang yang tegas, mungkin sebab itu anda sering nampak benda buruk di internet (mengenainya).

“Dunit bukan motivasi tetapi projek sukan malah saya dapat bekerjasama dengan rakan,” kata Samir.

Dia menandatangani kontrak setahun dengan pilihan lanjutan pada musim kedua mengakui dia mengikuti Kompany dalam bidang kejurulatihan.

“Saya mahu berkongsi ilmu yang saya ada,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini