Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis ditunda pada 12 Oktober depan - Utusan Malaysia

Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis ditunda pada 12 Oktober depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 12 Julai – Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail ke-76 yang dijadual pada 17 Julai ini ditunda kepada 12 Oktober depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man memberitahu, bagaimanapun, tarikh 17 Julai itu kekal sebagai cuti umum bagi negeri ini.

Kenyataan Istana Perlis

Sehubungan itu, Azlan berkata, Istiadat Perbarisan Kawalan Kehormatan Utama serta Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perlis termasuk Majlis Santapan negeri akan diadakan pada 12 Oktober depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Manakala acara sampingan yang telah dijadual seperti Wacana Wangsa Jamalullail pada 16 Julai; Majlis Perasmian Masjid Al-Maghfirah pada 19 Julai dan Majlis Jamuan Teh pada 20 Julai ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini