Sambutan Hari Pahlawan September ini - Utusan Malaysia

Sambutan Hari Pahlawan September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Julai – Sambutan Hari Pahlawan tahun ini di peringkat Persekutuan akan diadakan pada September depan.

Sambutan tersebut bermula dengan majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat yang bakal diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada pukul 7.10 malam 18 September ini.

Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, keesokannya istiadat perbarisan dijadualkan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya pukul 8.30 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seterusnya, khutbah khas dan solat Jumaat sempena sambutan tersebut akan diadakan di Masjid Negara pukul 1.05 tengah hari pada 20 September.

“Perubahan tarikh penganjuran majlis itu daripada tarikh pengisytiharan asal iaitu 30 Julai ini bagi memberi laluan dan mengelakkan pertindihan dengan beberapa acara.

“Acara yang ditetapkan untuk Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai ini dan sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi baginda pada 9 September,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini