RAI. Seramai 150 warga Batalion Pertama Rejimen 503 Askar Wataniah (BN 1 503AW) memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri pasukan itu bertempat di Kem Kompeni Charlie, Setiawan, Perak baru-baru ini. Majlis yang dianjurkan secara sederhana itu turut melibatkan ahli-ahli Pertubuhan Bekas Wataniah Negeri Perak. Majlis itu diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim warga BN 1 503 AW dengan ahli-ahli bekas wataniah di negeri tersebut. Turut hadir Pegawai Memerintah BN 1 503AW, Leftenan Kolonel Mohd. Azmi Ismail dan Pegerusi Pertubuhan Bekas Wataniah Negeri Perak, Yahya Mohd. Nordin.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya