KUALA LUMPUR – Saham UEM Edgenta Bhd naik 2.8 peratus dalam dagangan pagi selepas berita melaporkan bahawa anak syarikat tidak langsungnya, UEMS Solutions Pte Ltd, memperoleh kontrak bernilai sehingga RM540.06 juta bagi penyediaan perkhidmatan sokongan hospital di Singapura. Pada 10.20 pagi, saham UEM Edgenta naik lapan sen kepada RM2.93, dengan 415,300 saham didagangkan. Amanah Investment Bank Bhd Research (MIDF Research) dalam notanya hari ini, berkata ia mengekalkan saranan ‘beli’ ke atas saham syarikat itu dengan harga sasaran tidak berubah sebanyak RM3.28 sesaham berikutan laporan berita itu. “Kami optimis terhadap prospek…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya