Rombakan kecil struktur kejurulatihan BAM - Utusan Malaysia

Rombakan kecil struktur kejurulatihan BAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan melakukan rombakan kecil di bahagian kejurulatihan bagi memantapkan pasukan kebangsaan menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) BAM, Datuk Ng Chin Chai berkata, jawatankuasa itu ada menerima beberapa kertas cadangan melibatkan perkara itu tetapi perlu dibentangkan kepada Ahli Majlis bagi mendapatkan kelulusan.

“Kami ada menerima beberapa kertas cadangan daripada ahli jawatankuasa ini tetapi akan dibentangkan kepada Ahli Majlis terlebih dahulu dalam satu mesyuarat yang akan diadakan esok.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Akan berlaku sedikit perubahan di bahagian kejurulatihan… kita ada lima acara tetapi bukan perubahan yang besar. Hanya perubahan kecil sahaja,” katanya selepas Mesyuarat C&T di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara, di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini