Rogol: Polis tahan exco Perak untuk siasatan - Utusan Malaysia

Rogol: Polis tahan exco Perak untuk siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Polis telah menahan exco kerajaan negeri dari DAP yang dikaitkan dengan tuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih dalam siasatan pihak polis.

“Untuk siasatan polis yang adil, kita telah menangkap orang disyaki semalam bagi membantu siasatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita ambil percakapan dan pemeriksaan doktor (terhadap suspek). Jaminan akan diberikan selepas siasatan selesai,” katanya.

Menurut beliau, kertas siasatan berhubung kes tersebut dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Exco kerajaan negeri yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP itu terpalit dengan tuduhan rogol setelah pembantu rumahnya membuat laporan polis kelmarin.

Difahamkan, mangsa yang berusia 20-an itu membuat laporan polis selepas suspek melakukan perbuatan tersebut sehari sebelum itu di sebuah kediaman di Meru dekat sini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini