CUACA panas dan kesibukan menyambut tetamu rumah terbuka membuatkan golongan wanita lebih selesa menyarung busana ringkas sepanjang Syawal ini. Memahami kehendak setiap wanita yang sukakan kecantikan, butik Casa Qhalesaa mengetengahkan fesyen ringkas tetapi menarik menggunakan fabrik lace, batik, crepe dan broked yang sesuai dengan cuaca di Malaysia selain kain yang sejuk dapat memberikan keselesaan kepada si pemakai. Terletak di tingkat tiga, 05-09-3A Jalan Medan Pusat Bandar 8A, Bangi, koleksi pakaian…










