MEKAH 13 Julai – Jika memperkatakan mengenai syarikat perniagaan Malaysia di Mekah, Restoran Fela D’Saji sudah tentu tidak akan terlepas dari mulut para jemaah yang menunaikan umrah atau haji di tanah suci ini. Restoran berkonsep medan selera di Menara Al Safwah, berhadapan dengan Masjidilharam itu menyediakan pelbagai juadah popular di Malaysia, khususnya untuk jemaah dari Asia Tenggara. Restoran di bawah pengurusan Kumpulan Felda itu telah dibuka sejak 2008 beroperasi 24…










