GOMBAK – Seramai 10 lelaki ditahan susulan insiden pergaduhan di sebuah premis menjual minuman keras di sekitar Batu Caves di sini pada Isnin lalu. Difahamkan, insiden berkenaan berlaku selepas perselisihan faham membabitkan sepasang suami isteri dan pekerja di premis berkenaan berhubung resit pembelian minuman keras. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, kejadian berlaku pada pukul 8.30 malam dimana pasangan terbabit hadir ke premis berkenaan untuk membeli minuman…










