Raja Puan Muda Perlis rasmi program ragbi - Utusan Malaysia

Raja Puan Muda Perlis rasmi program ragbi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan ‘Majlis Perasmian Penutup GIR (Get Into Rugby) 2019’ yang diadakan di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar pagi tadi.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Lutpi Lebai Mat (Jabatan Pendidikan Negeri Perlis), Noor Zaidi Hamad (Majlis Sukan Negeri Perlis) dan Shafinaz Ahmad (Unit Pendidikan Awal Kanak Kanak KEMAS Perlis).

Program mengambil sempena ‘Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-76 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis’ berkenaan dianjurkan oleh Persatuan Rugbi Perlis untuk memberi seberapa banyak pengenalan dan asas permainan sukan rugbi melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah di negeri Perlis.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebagai makluman jua, Persatuan Rugbi Perlis (B) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Perlis akan menganjurkan Kejohanan Rugbi DiRaja Perlis Terbuka 7 Sepasukan (Royal Perlis 7’s) pada 12 hingga 14 Julai 209 juga mengambil sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-76 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis dan semua peminat sukan ini dijemput hadir beranai-ramai bagi memberikan sokongan moral kepada pasukan pilihan masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini