PADANG BESAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa adalah menjadi keperluan bagi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk memberikan fokus kepada penonjolan keunikan identiti agama, adat dan budaya negeri Perlis tercinta ini. Sebagai sebuah Kerajaan Melayu Islam Beraja yang berdiri di atas pemerintahan ‘Ahlis Sunnah Wal-Jama’ah’, keunikan Perlis merupakan satu aset yang wajar diketengahkan. Usaha ini hendaklah dilaksanakan agar segala warisan…










