KANGAR – Pusat Pengajian Agama Dar Al-Quran Wal Hadeeth di Bukit Jernih, Chuping dekat sini yang diarah tutup sejak Oktober tahun lalu kerana dikaitkan dengan fahaman pengganas dibenarkan beroperasi semula. Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd. berkata, keputusan itu dibuat setelah siasatan mendapati pusat pengajian tersebut bebas daripada sebarang unsur keganasan. “Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengarahkan pusat pengajian itu boleh dibuka dengan kadar segera,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis di sini hari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya