Program perancangan keluarga dibuat atas dasar tanggungjawab - Utusan Malaysia

Program perancangan keluarga dibuat atas dasar tanggungjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM 11 Julai – Program perancangan keluarga yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan dibuat atas dasar tanggungjawab terhadap wanita yang mempunyai risiko dalam kehamilan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, program itu juga adalah sebagai satu langkah mitigasi bagi menyelamatkan mereka.

“Yang pentingnya, bila kita membuat perancangan itu, ia dibuat atas dasar tanggungjawab kerana wanita yang hamil, sangat penting untuk kita elakkan wanita mengalami anaemia (kurang darah merah).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh itu, kita ambil tindakan ini atas dasar tanggungjawab untuk menyelamatkan mereka,” katanya.

Dzulkefly berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran program Ikon Gigi Orang Asli peringkat kebangsaan 2019 di Kampung Orang Asli Menderang 1, Sungkai, dekat sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan sebuah portal berita mengenai suntikan perancang keluarga oleh kakitangan Kementerian Kesihatan kepada wanita Orang Asli yang didakwa memberikan kesan sampingan teruk. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini