Polis Texas buru wanita jilat ais krim - Utusan Malaysia

Polis Texas buru wanita jilat ais krim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUFKIN, Texas – Seorang wanita yang dirakam menjilat ais krim di dalam sebuah bekas dan meletakkannya kembali ke dalam peti sejuk di sebuah pasar raya berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun, lapor portal sky news.

Setakat kelmarin, klip video tersebut mencatatkan lebih 11 juta tontonan di media sosial. Rakaman itu dipercayai dilakukan di sebuah cawangan pasar raya Walmart di sini.

“Detektif-detektif kami sedang berusaha mengenal pasti suspek wanita dalam video tular yang menunjukkan dia menjilat ais krim Blue Bell ‘Tin Roof’ di pasar raya Lufkin Walmart sekitar pukul 11 malam (waktu tempatan) pada 28 Jun lalu,” kata polis dalam satu kenyataan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebaik sahaja identitinya disahkan, kami akan mendapatkan waran tangkap terhadap suspek atas dakwaan mencemarkan produk pengguna.

“Detektif-detektif juga masih berusaha untuk mengecam lelaki (berbaju hijau) yang menemani suspek. Mereka dilihat memasuki pasar raya itu bersama-sama,” demikian menurut kenyataan polis.

Kenyataan sama menambah bahawa syarikat Blue Bell telah menarik balik semua ais krim Tin Roof dalam pek setengah gelen (2 liter) dari rak pasar raya Lufkin Walmart.

Polis berkata, suspek berdepan dakwaan feloni kelas dua dan boleh dipenjara antara dua hingga 10 tahun dan denda hingga AS$10,000 (RM41,339). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini