SERDANG – Seramai 84 individu warga Indonesia ditahan ketika sedang leka berhibur dan khayal dengan dadah di sebuah pusat hiburan keluarga di Bandar Puchong Jaya di sini dalam Op Hiburan malam tadi. Dalam serbuan yang bermula pada pukul 7 malam itu, empat lelaki warganegara tempatan turut ditahan menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan seramai 88 orang dengan 29 orang daripadanya adalah wanita. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, kesemuanya ditahan dalam sebuah bilik karaoke. “Serbuan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya