Polis tahan 56 PATI - Utusan Malaysia

Polis tahan 56 PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Julai – Sebanyak 56 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam satu serbuan di Pangsapuri Berembang Indah, Hulu Kelang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, Op Bersepadu Cegah Jenayah itu dilakukan bersama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang bermula kira-kira pukul 8 malam.

“Sebanyak 111 orang telah diperiksa dan kita menahan 56 orang PATI termasuk seorang wanita yang kesemuanya berusia lingkungan 20 hingga 40-an ditahan.

“Kesemua yang ditahan terdiri daripada 46 warga Bangladesh, Pakistan (5), Nepal (4) dan Indonesia (1),” katanya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Noor Azmi, antara kesalahan yang dikesan adalah tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan tinggal lebih masa yang akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen serta Seksyen 15(4) Akta Imigresen.

Jelasnya, siasatan mendapati kebanyakan PATI terbabit telah berada di dalam negara sejak tiga hingga empat lalu.

“Pihak MPAJ turut mengenakan tindakan sitaan serta kompaun di beberapa buah premis kedai mengikut undang-undang kecil pelesenan hasil pemeriksaan ke atas kira-kira 30 buah premis di sekitar pangsapuri,” ujarnya.

Tambahnya, operasi ini akan sentiasa diteruskan dalam usaha kita membanteras kesalahan jenayah serta lambakan PATI. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini