SANDAKAN 4 Julai – Polis Sandakan berjaya merampas 5,401 kotak minuman keras dipercayai diseludup dari China, termasuk kenderaan, bernilai RM2.7 juta disyaki untuk pasaran tempatan, Sabtu lepas, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah hari ini. Beliau berkata kejayaan itu atas maklumat awam mengatakan sekumpulan lelaki sedang memunggah minuman keras dari sebuah kapal, yang berlabuh di tepi Sungai Seguntor dekat sini, ke tiga lori dan dua kenderaan pacuan empat roda kira-kira 11.30 malam. “Semasa serbuan yang diketuai Ketua Polis Daerah ACP Mohd Azhar Hamin bersama empat pegawai dan sembilan anggota…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya