KUALA LUMPUR 15 Julai – Pihak polis perlu mengambil tindakan terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng susulan pengesahan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bahawa tiada kehilangan wang sebanyak RM19.4 bilion hasil kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST). Penegasan itu disuarakan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang turut mengatakan perkara tersebut penting apatah lagi tuduhan Guan Eng mengaitkan kerajaan terdahulu dengan aktiviti jenayah iaitu rompakan. “Ya, pihak polis perlu (siasat). Saya dah pun berikan kenyataan sewaktu membuat laporan polis (dahulu). “Apabila dah disahkan PAC, saya rasa pihak polis mesti mengambil tindakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya