BACHOK – Polis Kelantan sedang mengesan dua individu yang didakwa terlibat dalam kes menyerang seorang guru di dalam kawasan sebuah sekolah menengah di Bachok, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris berkata, kedua-dua lelaki yang berusia 40-an itu sudah dikenal pasti. “Susulan kejadian itu polis juga menerima satu laporan polis selepas pukul 12 tengah malam tadi dan kita sedang mengesan kedua-dua suspek di sekitar Bachok. “Kes akan disiasat mengikut Seksyen 323 kerana memukul dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh,” katanya ketika dihubungi Bernama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya