PM terima kunjungan hormat Putera Mahkota Abu Dhabi - Utusan Malaysia

PM terima kunjungan hormat Putera Mahkota Abu Dhabi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan hormat Putera Mahkota Abu Dhabi dan Timbalan Komander Tertinggi Angkatan Tentera Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan.

Pertemuan tersebut berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Kunjungan hormat tersebut merupakan sebahagian program dalam rangka lawatan khas baginda sehari ke Malaysia bersempena istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kementerian Luar dalam kenyataan berkata lawatan khas tersebut memberi dorongan baharu dan pengukuhan seterusnya hubungan persahabatan yang sedia wujud antara kedua-dua negara.

Kementerian Luar turut menyatakan bahawa ia menjadi bukti kepada aspirasi kedua-dua negara untuk memperkukuh hubungan dua hala. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini