PM Singapura ucap selamat hari lahir kepada Mahathir - Utusan Malaysia

PM Singapura ucap selamat hari lahir kepada Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA – Perdana Menteri, Singapura Lee Hsien Loong hari ini mengucapkan selamat hari lahir ke-94 kepada rakan sejawatannya dari Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“My best wishes to him on his birthday. (Saya doakan yang terbaik buatnya pada hari jadi beliau),” kata Hsien Loong dalam hantaran Facebooknya.

Hantaran itu turut memuatkan sekeping gambar beliau dan isteri, Ho Ching bersama-sama Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali ketika pasangan itu melawat Singapura sempena Sidang Kemuncak ASEAN tahun lepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“We named an orchid, the Dendrobium Mahathir Siti Hasmah, in their honour. (Kami menamakan bunga orkid Dendrobium Mahathir Siti Hasmah, sebagai penghormatan kepada mereka),” kata Hsien Loong menerusi kapsyen pada foto itu.

Hsien Loong juga menyatakan beliau mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri Malaysia itu dan isterinya ke  perarakan Hari Kebangsaan republik itu bulan hadapan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini