LUMUT 13 Julai – PKNP sekadar berkongsi satu mata dengan Felda United setelah seri 1-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Manjung di sini hari ini.
Pertembungan dua pasukan kelompok bawahan liga itu menyaksikan Felda United mendahului menerusi jaringan S. Chanturu pada minit ke-62.
Jaringan terhasil apabila pemain pasukan pelawat itu melakukan rembatan sebelum bola terkena kaki pemain pertahanan PKNP, Amani Santos Aguinaldo untuk bola menerjah gawang sendiri.
Memuatkan artikel berkaitan…
PKNP bangkit menyamakan kedudukan menerusi Yashir Armando Pinto hasil daripada percubaan di depan pintu gol Felda United pada minit ke-80. – UTUSAN ONLINE











