KUALA LUMPUR – Syarikat permainan kanak-kanak,Mattel dan platform e-dagang terkemuka, Shopee menjadi rakan dalam talian eksklusif bagi pelancaran Pictionary Air buat pertama kali di Asia Tenggara baru-baru ini.
Pelanggan Shopee kini boleh mendapatkan jemlaan moden permainan melukis klasik kegemaran ramai, Pictionary Air.
Pengarah Pemasaran Serantau, Shopee,Ian Ho berkata, pihaknya dan Mattel mengukuhkan tawaran menerusi kerjasama khas dan penglibatan pengguna supaya pembeli
dapat menikmati pilihan produk yang tiada tandingan.
“Pictionary Air mungkin lebih mencabar daripada Pictionary biasa kerana pemain tidak dapat melihat apa yang dilukis masing-masing.
“Permainan ini menjamin keseronokan dan pemain pasti tidak kering gusi sambil meneka lakaran yang dibuat oleh anggota pasukan masing-masing. Para pemain juga boleh merakamkan saat-saat menyeronokkan, menyimpan video tersebut dan kongsikan di media sosial,” jelas beliau.
Semua produk Mattel boleh didapati menerusi kedai rasmi di Shopee. Produk-produk di bawah Shopee Mall datang dengan pulangan percuma 15-hari, jaminan ketulenan 100 peratus dan penghantaran percuma. – K! ONLINE











