Petugas sumbang RM15,117 infak makanan - Utusan Malaysia

Petugas sumbang RM15,117 infak makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH 30 Julai – Sebanyak $14,000 Riyal Saudi (RM15,117) berjaya dikutip daripada para petugas Tabung Haji tahun ini bagi digunakan untuk agihan makanan kepada jemaah haji miskin ketika Hari Wukuf.

Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd. Rahman berkata, jumlah kutipan itu akan digunakan untuk memberi makan malam selama dua malam kepada kira-kira 1,500 jemaah tanpa mengira dari negara mana.

Beliau berkata, program di­kenali Infaq Sabeel Rahmatan AlAmin (ISRA) itu diperkenalkan tahun lepas dengan sasaran membantu jemaah dari negara-negara yang tidak mendapat bekalan makanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Makanan itu akan diagihkan oleh petugas melalui sebuah lori yang akan ditempatkan di laluan jemaah yang dikenalpasti dari negara-negara tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan petugas Tabung Haji, di sini hari ini.

Mengenai prestasi petugas, Syed Saleh berkata, mereka masih dalam keadaan bersemangat tinggi walaupun telah berada di Tanah Suci antara tiga dan empat minggu.

“Dengan keadaan cuaca yang panas, bekerja 24 jam setiap hari tanpa hari cuti sejak berada di sini, para petugas masih bersemangat untuk meneruskan komitmen memberi khidmat terbaik kepada jemaah terutama menjelang Hari Wukuf,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini