Pertembungan baharu antara penunjuk perasaan, polis di Hong Kong - Utusan Malaysia

Pertembungan baharu antara penunjuk perasaan, polis di Hong Kong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG 13 Julai – Pertembungan baharu antara penunjuk perasaan dan polis tercetus hari ini apabila demonstrasi anti kerajaan itu menjadikan peniaga-peniaga yang merentasi sempadan dari tanah besar China sebagai sasaran.

Polis menggunakan penyembur lada dan baton untuk menyuraikan bantahan penunjuk perasaan itu di Sheung Shui, sebuah bandar berhampiran sempadan China, selepas beribu-ribu orang berarak bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai isu perdagangan selari itu.

Penunjuk perasaan menggunakan botol air untuk membersihkan mata mereka akibat terkena semburan lada itu manakala seorang peserta demonstrasi mengalami kecederaan di bahagian kepalanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hong Kong digemparkan dengan tunjuk perasaan besar-besaran secara aman dan siri keganasan berasingan bersama polis sejak sebulan lalu yang dicetuskan oleh undang-undang yang membolehkan mana-mana penduduk wilayah itu terlibat dalam kegiatan jenayah diekstradisi ke China. – AFP.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini