Pertandingan pancaragam NATCOMP, MWBC 2019 dedah bakat, timba pengalaman berharga - Utusan Malaysia

Pertandingan pancaragam NATCOMP, MWBC 2019 dedah bakat, timba pengalaman berharga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUAT julung kalinya, bandar raya Alor Setar Kedah dipilih sebagai tuan rumah Pertandingan Pancaragam Peringkat Kebangsaan (NATCOMP) dan Antarabangsa (MWBC) 2019 pada 11 hingga 13 Julai lalu.

KERATAN akhbar Utusan Malaysia yang memaparkan Pertandingan Pancagaram peringkat kebangsaan (NATCOMP)dan Antarabangsa (MWBC) 2019 yang berlangsung di Alor Setar, Kedah dari 11 hingga 13 Julai lalu.

Bukan sahaja Stadium Sultan Abdul Halim dibanjiri ribuan penonton yang mahu menyaksikan peringkat akhir pertandingan berprestij itu, bahkan pada malam sebelumnya Dataran Aman turut bermandi cahaya selepas menjadi lokasi pertandingan perarakan pancaragam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dianjurkan oleh Yayasan Amanah Industri Kreatif Kebangsaan bersama Persatuan Pancaragam Malaysia, lebih 1,000 peserta dari seluruh negeri termasuk tuan rumah, Kuala Lumpur, Terengganu, Perak dan Pulau Pinang serta negara Filipina menyertai pertandingan itu.

Butiran lanjut mengenai pertandingan yang bukan sahaja memberi pengalaman berharga, bahkan ilmu serta mengeratkan semangat setiakawan dalam kalangan peserta terdiri daripada murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah itu boleh didapati dalam Utusan Malaysia edisi cetak esok.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini