Pertahankan kebersatuan PKR - Utusan Malaysia

Pertahankan kebersatuan PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Julai – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan agar hubungan saling bersatu padu di antara kepemimpin parti tersebut dapat diperkukuh dan dipertahankan demi kebaikan rakyat.

Harapan itu disuarakan beliau selepas berakhirnya sesi pemukiman selama tiga hari di Port Dickson yang berakhir hari ini.

“Semoga kebersatuan ini dipertahankan dan semoga wadah ini akan terus menunjangi perubahan yang didambakan rakyat dan negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tahniah kepada pimpinan dan anggota yang menjayakannya,” katanya dalam ciapan dalam Twitter rasmi beliau hari ini.

Pemukiman tersebut walaupun telah dirancang lebih awal namun didakwa diadakan bagi meredakan pergolakan yang berlaku di antara Anwar dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ini selepas Anwar menyarankan Mohamed Azmin meletakkan jawatan sekiranya video seks yang dikaitkan dengan lelaki mirip dirinya disahkan benar.

Keadaan itu mengundang rasa tidak puas hati Mohamed Azmin dan beberapa kepemimpinan PKR lain yang dikatakan rapat dengan beliau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini