LAWATAN musim sejuk ke Istanbul, Turki baru-baru ini memberi pengalaman yang mengujakan kepada Nor Rizan Abdul Rani, 52, bersama rakan-rakan sekolahnya. Dia yang menetap di Taman Meru, Ipoh, Perak bersama rakan-rakan alumni Sekolah Menengah Convent Batu Gajah sesi tingkatan lima tahun 1985, Suzana Ahmad (ketua rombongan), Faziah Alias, Nor Baya Bidin, Halinda Samsudin, Safazalina Anida Ishak dan Rozana Abdul Rahim melancong ke Istanbul dan Bursa selama lapan hari. Tujuan lawatan…










