PARIS – Paris Saint-Germain (PSG) berpeluang untuk mendapatkan Nicolas Pepe kata ejen pemain itu.
Pepe menjaringkan 22 gol dalam aksi Ligue 1 musim lalu dan dia berjaya mencuri perhatian pengendali PSG, Thomas Tuchel yang sebelum ini menyifatkan penyerang itu sangat berkualiti dari segi kepantasan serta kekuatan.
Bagaimanapun juara Perancis itu bakal berdepan cabaran getir daripada beberapa pasukan untuk mendapatkan bintang Ivory Coast itu termasuk Liverpool.
Ejen Pepe, Samir Khiat berkata, pemain bernilai 65 juta euro (RM301.76 juta) itu sedang mempertimbangkan segala pilihan.
“Matlamat utama adalah untuk mendapatkan kleab yang tepat untuk pemain ini. PSG adalah satu kemungkinan. Saya tidak akan menipu dalam hal ini.
“Semua yang berminat perlu ada. Sama ada Lille, kelab lain dan kami. Perbincangan perlu dilakukan bagi mencapai kata sepakat. Dia dikehendaki banyak kelab dan dia mahukan kelab yang boleh membantu perkembangan masa badapannya,” kata Khiat. – AGENSI











