PORT DICKSON 16 Julai – Seekor penyu seberat kira-kira 150 kilogram (kg) ditemukan terperangkap di penghadang sampah saliran keluar masuk air laut di Stesen Janakuasa Tuanku Ja’afar (SJTJ) di sini hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohd. Hairulizam Mazelan berkata, haiwan berukuran kira-kira satu meter lebar dan 0.7 meter panjang itu ditemukan oleh petugas SJTJ yang melakukan rondaan di lokasi tersebut. “Kami terima panggilan pada pukul 11.46 pagi dan tiba di SJTJ kira-kira tiga minit kemudian. Seramai lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson bersama sebuah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya