Penyamun kedai serbaneka ditahan - Utusan Malaysia

Penyamun kedai serbaneka ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Julai – Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai aktif melakukan jenayah samun di kedai serbaneka 24 jam di sekitar Cheras sejak awal tahun lalu

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, suspek berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1 petang di Bandar Tun Razak, di sini kelmarin.


“Hasil siasatan mendapati suspek bersama seorang lagi rakannya yang berusia 28 tahun telah terlibat dengan empat kes samun kedai serbaneka di sekitar Cheras sejak hujung Mei lalu.

“Modus operandi kedua-dua suspek berkenaan adalah seorang daripada mereka menunggu di luar, manakala seorang lagi suspek masuk ke dalam premis dengan memakai topi keledar tutup muka penuh serta bersenjatakan pisau,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamed Mokhsein, mereka melakukan aktiviti jenayah itu kira-kira pukul 4 pagi hingga 6 pagi dan mensasarkan wang tunai di dalam mesin pendaftar tunai di premis berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelasnya, pihaknya juga yakin kedua-dua suspek turut terlibat dengan empat kes samun kedai serbaneka 24 jam di sekitar Cheras yang membabitkan kerugian lebih RM1,000.

“Suspek juga didapati mempunyai rekod jenayah berkaitan kes dadah dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk menyiasat sama ada mereka terlibat dengan kes samun yang lain,” ujarnya.

Tambahnya, suspek direman selama empat hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini