HONG KONG 27 Julai – Kekecohan di Hong Kong berterusan apabila ribuan penunjuk perasaan melanggar arahan polis dengan berhimpun bagi menentang serangan yang mencederakan 45 orang pada minggu lalu. Bangkok Post melaporkan, polis,yang menerima kritikan kerana gagal melindungi orang awam enggan membenarkan penunjuk perasaan berarak atas sebab-sebab keselamatan. Penunjuk perasaan tetap berdegil dan meneruskan perhimpunan sambil melaungkan slogan anti polis sekitar puku 3.30 petang waktu tempatan. Sejumlah besar anggota polis berkawal sejak pagi dan kawalan dipertingkatkan di semua balai polis.- AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya