Pengutip sampah dihukum mati kerana rogol, bunuh pelancong - Utusan Malaysia

Pengutip sampah dihukum mati kerana rogol, bunuh pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK – Seorang pekerja pengutip sampah Thailand dijatuhkan hukuman mati kerana merogol dan membunuh seorang pelancong Jerman ketika mangsa bercuti di sebuah pulau di negara berkenaan.

Ronnakorn Romruen ditahan pada April lalu, beberapa jam selepas mayat wanita Jerman berusia 27 tahun yang berada dalam keadaan cedera teruk itu dijumpai ditanam di bawah dedaun kering dan batu di Pulau Koh Samui di Teluk Thailand.

Sebuah mahkamah Thailand menjatuhkan hukuman mati itu ke atas pekerja pengutip sampah berumur 24 tahun itu pada Rabu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Romruen berada di bawah pengaruh dadah jenis methamphetamine semasa dia merogol mangsa, menurut mahkamah.

Tertuduh juga memukul wa­nita itu berulang kali pada bahagian kepala dan muka semasa mangsa cuba melarikan diri.

Perbuatan itu menyebabkan kecederaan teruk yang membawa kepada kematiannya, menurut mahkamah menerusi satu kenyataan akhbar.

Romruen mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan termasuk rogol, bunuh, cubaan menyorok mayat dan penggambilan methamphetamine.

Tahun lalu, Thailand melaksanakan hukuman mati pertamanya sejak tahun 2009 dengan menjatuhkan hukuman itu ke atas seorang tertuduh kes pembunuhan berumur 26 tahun melalui kaedah suntikan maut. 
– AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini