DHAKA – Seorang lagi pengetua di sebuah sekolah agama ditahan atas dakwaan merogol dua kanak-kanak perempuan dan mencabul enam lagi di bawah jagaannya.
Menurut pihak berkuasa Bangladesh, suspek, Abul Khair Belali, 33, merupakan pengetua kedua madrasah tersebut ditahan Jumaat lalu.
Ketua Polis, Mohammad Rasheduzzaman berkata, kejadian tersebut diketahui seleoas seorang murid berusia 11 tahun memberitahu ibu bapanya bahawa dia dirogol suspek.
“Semalam, dia mengakui merogol sekurangnya dua kanak-kanak perempuan berusia lapan dan 11 tahun serta enam lagi dicabul,” katanya.
Pada minggu lalu, polis menahan seorang ketua madrasah atas dakwaan merogol kanak-kanak di Fatulla dan dua guru sekolah di bandar industri, Narayanganj atas dakwaan merogol 20 pelajar. – AFP











